Monday, November 28, 2011

Salam maal hijrah 1433H



Sudah sunnatullah, masa itu terus juga berjalan tanpa adanya pusingan ‘u-turn’. Ia tetap akan bergerak sedetik demi sedetik meninggalkan mereka yang terpinga-pinga dalam kemunduran dan kejahilan. Benarlah kata Allah, semua manusia itu kerugian kecuali dua golongan yang senantiasa beruntung; iaitu manusia yang menggunakan masa hidupnya untuk beriman dan berbuat amal kebaikan serta manusia yang berpesan-pesan kepada yang hak dan juga berpesan-pesan kepada kesabaran.

Saban tahun ia menjenguk, seperti tahun ini juga. Lagi sekali, kita menyambut tahun baru hijrah. Bererti tahun 1433H memulakan tirainya, bagaikan ianya satu calendar yang kosong lagi bersih yang memerlukan setiap fardu muslim mengisinya. Nah, tahun baru sudah bermula, apakah perancanganmu untuk menghidupkan 1433H? Ada atau tiada? Jom tanya diri sendiri!

Di kesempatan ini, saya seorang insan yang kerdil mengucapkan selamat tahun baru hijriah kepada semua pembaca. Saya mendoakan semua daripada kita senantiasa mendapat hidayah daripada Allah dan moga dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dan kesedaran untuk meningkatkan kecintaan kepadaNya. Moga tahun baru ini lebih baik dan lebih cemerlang berbanding yang lepas. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita pada tahun-tahun yang sudah berlalu dan semoga Dia mencegah kita dari melakukan dosa-dosa yang sama pada tahun baru ini.

Amalan awal Muharram janganlah dipandang enteng. Ambillah barakahnya. Pemurahnya Allah s.w.t. Dalam setiap bulan-bulan Islam pasti ada tawaran-tawaran hebat daripadaNya untuk menggalakkan hamba-hambaNya berpusu-pusu dan berebut-rebut mengejar pahala dan kerahmatan Allah. Subhanallah, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Engkau wahai Allah. Ayuh, cabar diri di 10 hari awal bulan Muharram!

Awal Muharram
Menyaksikan pemuda Islam menyemat azam baru
Memaknakan dirinya sebagai Muslim sejati
Ingin ditinggalkannya segala dosa-dosa lalu
Yang bakal menjadi sempadan dalam hidupnya
Selama-lamanya

Awal Muharram
Mengingatkan pemuda Islam itu tentang hijrah RasulNya
Biarpun tiada lagi hijrah seperti sang Nabi
Tapi
Hijrah itu di setiap masa dan detik kehidupan
Yakni
Hijrahnya kebatilan kepada kebenaran
Hijrahnya keburukan kepada kebaikan

Awal Muharram
Biarpun setiap tahun ia menjengah
Tapi
Setiapnya membawa rasa yang berbeza
Kali ini biarlah segalanya yang akan datang membawa sinar baru
Mengeluarkannya dari takuk lama
Melarikan dirinya dari kejumudan pemikiran
Membawanya ke lembaran hidup yang baru
Untuk diwarnai sebagai seorang MUSLIM hakiki!

Thursday, November 24, 2011

Post-exam mood

Alangkah ruginya diri ini
Andai masa muda ini dipersiakan
Pantasnya ia berlalu
Terasa diri semakin menginjak usia dewasa

Alangkah malangnya wahai diri
Andai kamu tidak menghargai detik-detik masa
Saban hari ber ‘mundar-mandir’
Sibuk dengan dunia dan urusannya
Sehingga kamu terlupa akhirat dan persiapannya..


Alhamdulillah, pantasnya detik masa berlalu.. saya telahpun menempuhi trauma peperiksaan baru-baru ini. Semuanya adalah kerana pertolongan Allah, Dia lah yang telah memberikan kekuatan dan ketenangan saat hati saya rapuh dan berputus asa. Insya Allah, mudah-mudahan keputusan yang akan keluar adalah yang layak untuk diri saya terima dengan redha.
Saya sempat menulis bait-bait ini selepas berakhirnya peperiksaan:

"Takkan terbayar ni’mat ini
Betapa ia sebuah pemberian yang berharga
Maka ni’mat Tuhan yang manakah dapat aku dustakan?
Tiada, bahkan tak akan!


Seminggu lagi saya akan berpindah ke posting O n G (Obstetric and gynaecology) iaitu wad bersalin. Cabaran-cabaran dan juga ilmu yang berguna di wad medical harapnya dapat mematangkan saya di wad O n G akan datang dan azam saya adalah untuk lakukan yang lebih baik. Saya bukan sahaja akan terkenangkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang rela menyabung nyawa demi melihat zuriatnya menatap dunia, malah saya juga akan menyambut kelahiran mujahid mujahidah kecil yang akan memperjuangkan agama dengan tangan saya sendiri.

Pesanan buat diriku dan juga pembaca:

Resah dan gelisah memikirkan corak kehidupan masa depan..bagaimankah ia?.. bilakah titik noktahnya? Sampai bila, hari apa dan jam berapa kesempatan itu masih diberikan..? jawapannya.. Usah resahkan sesuatu yang belum terjadi, serahkan segalanya dalam pengetahuan Allah “segala puji hanya kepadaMu ya Allah, kami tidak tahu apa-apa melainkan apa yang telah engkau ajarkan kepada kami, Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kabijaksanaan”. Usaha lah sedaya upaya pada hari ini, serahkan kepada Allah selepasnya!
Wallahu’alam..=)

Monday, November 7, 2011

Perjalanan sebuah karier

Bismillahirrahmanirrahim..sudah lama saya tidak menulis. Terasa sayang pula membiarkan blog ni sepi tanpa ada coretan. Biarlah saya tak mampu untuk menulis gagasan idea atau buah fikiran yang hebat, blog ini perlu hidup walaupun hanya sekadar menceritakan perjalanan sebuah kehidupan. Moga-moga ada sisi yang baik kepada pembaca =)

Kini dah masuk minggu ke-9 saya mula menjejakkan kaki ke wad rawatan harian. Baki lagi 2 minggu sebelum exam. Takutnya nak exam. Memang nak lulus je tapi bila fikir-fikirkan, belajar bukanlah untuk exam semata-mata. Ilmu yang ada xboleh dilupakan sebaik selepas exam tapi untuk seumur hidup..

First time masuk hospital, saya menangis. Macam ni ke kerja seorang h/o? ke sana ke mari buat kerja (buat prosedur kepada pesakit, ikut specialist round n etc.)..busy nya wad dengan pesakit-pesakit, pelawat, nurse, doktor2 dan juga pelajar2..very crowded, bau dan bunyi yang macam2...ia mendera perasaan saya..




Hari pertama di wad, kaki saya kejang, berdiri dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Mundar mandir dalam wad, tak tahu nak buat ape. Tapi lama-lama saya terbiasa dan tahu bila masa kena berada di wad dan bila masa boleh berehat. =)

Seminggu yang pertama, kehidupan jadi tak terurus. Masa untuk Allah, masa untuk bersosial dan berukhuwwah hatta masa untuk diri sendiri terabai..astaghfirullah.

Lagi satu tugasan saya adalah memenuhkan buku log dengan prosedur2 medik, contohnya ambil darah pesakit, pasangkan 'branula', pasangkan catheter (salur kencing) dan lain-lain lagi. Pertama kali ambil darah pesakit, terketar-ketar tangan. Saya dah buat yang terbaik tapi dapat separuh je, pesakit tu menjerit "saaakit!". Tambahan pula, waris pesakit tersebut marah saya "awak ni pegang jarum macam pegang pen!". Masa tu memang rasa luluh hati, hilang semangat, and demotivated!hee.stress..




Satu lg cabaran dalam klinikal years ni adalah tak tahu macamane nak study. Biasanya duduk dengan buku n baca. Tapi cara tu dah tak boleh dipakai. Seorang h/o pernah pesan bilamana dia tengok saya dan kawan-kawan tengah baca buku di bilik rehat staff: "study on patient, that's the right way for you to study in clinical years". =)

banyak lagi kenangan dalam wad yang tak dapat saya luahkan di sini. Kadang-kadang hati jahat saya berbisik: kenapa tak jadi cikgu je? hee

saya positifkan diri..belajar kerana Allah. Jadi doktor pun kerana Allah =)

Setiap hari saya berkunjung ke wad, jika niatkan untuk melawat saudara seislam lain yang sakit pasti Allah mengganjari setiap langkah ke wad apatah lagi jika buat kerja-kerja di wad, ganjarannya pasti lebih besar!Setiap kali menyentuh kulit pesakit berlainan jantina ataupun terlihat aurat pesakit ketika membuat pemeriksaan atau prosedur, ber 'istighfar' agar Allah memaafkan kita atas darurat itu..

Niat adalah perkara penting pada waktu ini..kenapa aku memilih jalan ini?
"when Allah brings you to it, He will brings you through it..believe it and just hold on..."

bersambung....=)(doakan Allah permudahkan saya dalam exam 21 nov ini...)