Monday, December 26, 2011

coret-coret O&G

O Allah, bestow me a blessed hand
Yet I will treat my patients as gentle as possible

Kurniakan aku tangan yang berbakat@ berkat bererti moga Allah memberikan saya kelebihan dalam skill-skill yang memerlukan kepada kehalusan sentuhan seorang doctor kepada pesakitnya. Saya tidak mahu menambahkan kesakitan kepada mereka bahkan saya menginginkan tangan sakti yang mampu menenangkan pesakit walaupun hanya dengan sentuhan kecil. Dalam wad bersalin, saya sentiasa berdoa, “ Ya Allah, give me blessed hands” supaya Allah bagi peluang yang mudah untuk ‘conduct delivery’ sekaligus mendapat kepercayaan daripada pesakit dan staff.

O Allah, grants me with a tough heart
Yet I will stop all the tears
And be strong to face all the obstacles

O Allah, help me to forgive people
Yet I will be forgiven

Kurniakan aku hati yang cekal. Dalam posting O&G ini, kena latih diri untuk ‘berhati kering’. Kadang-kadang rasa sedih selepas dimarahi, disindir dan macam-macam lagi perkara yang boleh melemahkan semangat juang saya. Kalau diikutkan hati, mau saja merajuk dan makan hati. Wait! Jangan mengalah. Bila difikirkan balik, yes, dalam dimarahi juga saya dapat ilmu. Jadi biasalah budak baru belajar, mesti banyak yang tak tahu dan banyak juga buat silap. Ampunkan saya jika saya salah dan saya ampunkan semua yang mengguris hati saya.
Ya, kita kena berjiwa besar!

O Allah, jadikanlah aku pecinta ilmu yang gigih menimbanya daripada siapa-siapa saja yang lebih mengetahui. Jadikanlah hatiku seperti rendahnya bekas takungan yang menerima air daripada sesiapa sahaja yang menuangkan air ke dalamnya. Ya, tidak kira siapa pun dia (staff nurse, pesakit, dan lain-lain), sudilah belajar daripada mereka. Hormatkan mereka kerana pengalaman mereka merupakan ilmu yang sangat bernilai untuk dicurah.

Akhir sekali,

O Allah, lembutkan lidahku, leraikan simpulannya
Dan pasti aku mampu menyatakan sesuatu

seringkali saya kaku tak tahu apa yang sepatutnya diungkapkan ketika ibu-ibu menjerit kesakitan di bilik bersalin. Lidah saya kelu untuk membisikkan sesuatu yang positif atau mengajak ibu itu kembali mengingati Allah. Banyak peluang saya lepaskan. Saya banyak belajar daripada staff nurse yang gemar meminta pesakit berselawat dan membaca doa ketika dalam kesusahan. Inilah hakikatnya, mengajarkan doa-doa tertentu yang ringkas kepada ibu-ibu pada saat begini adalah kerja yang senang, tapi mengapa lidah ini bagaikan tersimpul mati. Ya Rabbi..!

Saturday, December 10, 2011

Tahniah para graduan!

Tahniah buat semua graduan yang telahpun berjaya mendapat segulung ijazah yang pasti datang selepasnya satu tanggungjawab yang besar. Kamu telah memasuki satu lagi dunia yang lebih mencabar berbanding alam kampus!

3 disember yang lepas, saya, abah, ummi dan adik bongsu berpeluang menghadiri majlis konvokesyen USIM kali-9 untuk meraikan kakak kedua saya yang tamat belajar di sana. Majlis itu diadakan di PICC, PUtrajaya. Walaupun penat merentas lebuhraya Timur-Barat yang beratus kilo jauhnya, namun kulihat sinar bahagia di wajah ayah bonda, tumpang bangga dengan kejayaan anaknya yang telah berjaya merangkul segulung ijazah. Terasa lambat pula saya nak habiskan pengajian ini, saya juga ingin memberi kebahagiaan berganda kepada ayah bonda tercinta.



Cuti blok sudahpun habis, ayah bonda datang hantar hingga ke tangga asrama. Melihat mereka beredar cukup membuat dada saya berombak, rembesan air mata sudahpun mengalir, saya sentiasa kalah bila mengenang jasa mereka yang tak pernah putus untuk melihat anak-anak berjaya.

Masih kuingat pengorbanan ayahanda tatkala dia di masa mudanya ketika mendapat anak kedua, dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus TESL tapi ditolaknya tawaran itu dengan hati yang berbelah bahagi. Jika dia menerima tawaran itu, dia terpaksa meninggalkan kerjaya guru lepasan maktab dengan cuti tanpa gaji. Hatinya tidak sanggup untuk maninggalkan anak isteri,siapa akan menjaga, tangan mana yang akan meyuapkan makanan ke mulut anak-anak kecilnya dan macam-macam lagi halangan. Akhirnya, dia memendam cita-citanya jauh-jauh. Biarlah dirinya tetap seorang guru lepasan maktab, tidak sanggup dia abaikan anak isteri.

Semasa kakak saya menanggalkan jubah konvonya dan meminta abah memakainya untuk bergambar kenangan, abah kata "abah bukan graduan university". Alahai, saya tahu hatinya!



Abah selalu berpesan "kita bukan orang berada. Abah tiada harta untuk ditinggalkan kepada anak-anak, ilmu itulah yang kamu perlu cari agar kamu dapat membina kehidupan dunia akhirat dengannya"

Saya yakin dan pasti, sehingga kini tiap kali majlis konvo, dia akan teringatkan cita-cita lamanya. Ayahku, nah terimalah hadiah dari anak-anakmu..sebuah kejayaan atas pengorbananmu!